Skip to main content

Masjid Kampung Laut di Kelantan

Hai dan salam kepada semua pembaca.

Teks: Khairunnisa Khalil.

(*This entry content was purposely for the evaluation of lecturer for subject HPT 20303/ L3T3 Information and Technology in Business, Semester September 2019)

[Jangan keliru dengan Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Kampung Laut di Terengganu. Khai nak cerita Masjid Kampung Laut di Kelantan yaa]
sumber: Google image

Mengenai Masjid Kampung Laut di Kelantan adalah seni binanya atau arkitekturnya yang mengkagumkan, ia dibina tanpa sebarang paku.

Masjid Kampung Laut ni terletak di Jalan Kuala Krai, Kampung Nilam Puri, lebih kurang 11 kilometer dari bandar Kota Bharu, Kelantan. Masjid antara yang tertua di Malaysia dan Asia Tenggara yaa.. Lagi pula ia dibina pada abad ke -18 Masihi. Lokasi asalnya adalah sebuah kampung di tebing Sungai Kelantan di daerah Tumpat sebelum ianya dipindahkan dan namanya diambil sempena dengan nama kampung tersebut.

SENI BINA/ ARKITEKTUR

Seni Bina Asal.
sumber: Google image
- 4 tiang menyangga bumbung 3 tingkat (atap daun rumbia.)
- keluasan 400 kaki persegi.
- Pada abad ke- 19, masjid diperbesarkan keluasannya dengan tambahan ruangan solat, peran, serambi dan menara. 20 batang tiang ditambah.
- Teknik "Tebuk- Pasak". dibina daripada kayu, TETAPI tidak menggunakan sepucuk paku pun.
- Atap atau bumbung ditukarkan kepada atap genting yang sebelumnya duan rumbia.

Seni Bina Masjid diperbaik, dimodenkan, dan dipindahkan.
(Asas masjid lemah dan kawasan asal tebing sungai tersebut sering dilanda banjir)

sumber: Google image

- Tahun 1926, banjir ' Bah Air Merah' dan banjir kilat tahun 1966- menghanyutkan sebahagian masjid.
- Persatuan Sejarah Malaysia cadang pindahkan ke tempat lebih selamat. Untuk menyimpan monumen sejarah ini dan mengekalkan rekod masjid tertua.
-Tahun 1968, masjid dibuka dan dipasang semula di Nilam Puri.
-Tahun 1988, masjid ini diperbaik dengan kemudahan moden;elektrik,air paip, tandas dan kawasan duduk.
- Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu.
- Keluasan barunya adalah 13kali ganda besar dari yang asal iaitu 5254 kaki persegi (74x71 kaki)

SEJARAH MASJID KAMPUNG LAUT.

Replika Masjid Kg Laut
sumber : Google image

Penyampaian cerita dari mulut ke mulut, berabad lalu, ketika para mubaligh belayar sepanjang kepulauan Alam Melayu ketika itu untuk menyebarkan agama melalui jalan perairan di sebelah pantai timur menuju Pattani, Thailand dari Jawa, Indonesia. Perahu yang mereka naiki itu bocor. Dan mereka singgah kerena menghadapi kesulitan untuk kembali belayar. Jadi, mereka bermunajat dan berhajat sekiranya mereka dapat kembali belayar semula dan selamat sampai ke Pattani, mereka akan kembali untuk membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan lalu, mereka kembali mendarat setelah selesai urusan mereka di Pattani dan mendarat di Kampung Laut, Tumpat yang kemudiannya mereka membina masjid disitu. Secara tidak langsung, menyebaran agama terjadi setelah itu.

Baiklah, Sekian saja sedikit perkongsian entri kali ini buat pengetahuan am kita semua.
*May Allah Bless Us All*

Comments

Popular posts from this blog

WAT MACHIMMARAM- THE BIG SITTING BUDDHA

Hai dan salam kepada semua pembaca. Teks: Khairunnisa Khalil. (*This entry content was purposely for the evaluation of lecturer for subject HPT 20303/ L3T3 Information and Technology in Business, Semester September 2019) Baiklah dalam entri terbaru ada dimuat naik, mengenai Maklumat Diri Admin. Nah, sekarang update terbaru pula, entri kali ini mengenai TEMPAT MENARIK UNTUK BERCUTI DI KELANTAN. Sekiranya anda telah 'mengugel' (membuat carian di Google Search) pastinya anda mumpunyai banyak pilihan yang menarik. Begitu juga dengan senarai tempat yang disenarai panjang atau senarai pendek oleh blogger-blogger Malaysia dan luar negara. Jadi, Khai memilih untuk menceritakan sedikit maklumat atau mengambarkan kepada pembaca semua mengenai WAT MACHIMMARAM. --sebab khai dapat tajuk ini aje untuk diupdate. hehe. Cerita pasal satu tempat ajelah yerr. Apa Wat Machimmaram ni? Bunyi siam kan. Iya, Wat Machimmaram ini adalah kuil Thai Buddha. Kebanyakkan dar...

MENGENAI DIRI

Hai dan salam kepada semua pembaca. Teks: Khairunnisa Khalil. (*This entry's content was purposely for the evaluation of lecturer for subject HPT 20303/ L3T3 Information and Technology in Business, Semester September 2019) Serba sedikit maklumat diri mengenai admin akan admin kongsikan. Nama penuh diberi ialah Khairunnisa Mahirah Binti Khalil, tetapi menggunakan nama panggilan yang dipendekkan untuk memudahkan pengenalan iaitu Khai. Menggunakan Email untuk berhubung mengenai perkara formal dengan alamat email seperti berikut khairunnisakhalil@gmail.com. Berasal dari Pulau Pinang atau dikenali Penang, sebagai penduduk penang atau citizen, kami dikenali sebagai Penangites. Lebih tepat dilahirkan di Seberang Jaya menetap pula di Tasek Gelugor. Sekarang masih menerima pendidikan dan masih menuntut ilmu dan pengajian di pantai timur Malaysia, Kelantan, iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di tahun ke-2 pengajian. Mengenai minat pula, Admin mempunyai minat yang pel...