Hai dan salam
kepada semua pembaca.
Teks: Khairunnisa
Khalil.
Baiklah dalam
entri terbaru ada dimuat naik, mengenai Maklumat Diri Admin.
Nah, sekarang
update terbaru pula, entri kali ini mengenai TEMPAT MENARIK UNTUK BERCUTI DI
KELANTAN.
Sekiranya anda
telah 'mengugel' (membuat carian di Google Search) pastinya anda mumpunyai
banyak pilihan yang menarik. Begitu juga dengan senarai tempat yang disenarai
panjang atau senarai pendek oleh blogger-blogger Malaysia dan luar negara.
Jadi, Khai memilih
untuk menceritakan sedikit maklumat atau mengambarkan kepada pembaca semua
mengenai WAT MACHIMMARAM. --sebab khai dapat tajuk ini aje untuk diupdate.
hehe. Cerita pasal satu tempat ajelah yerr.
Apa Wat
Machimmaram ni?
Bunyi siam kan.
Iya, Wat Machimmaram ini adalah kuil Thai Buddha.
Kebanyakkan dari
kita tahu mengenai patung buddha yang besar dan berbaring tu kan? Dikenali
sebagai Sleeping Buddha.
Sekarang.. Meh
sini Khai cerita mengenai The Big Sitting Buddha. Patung besar Buddha berduduk
pulak.
Kuil Thai Buddha
ini terletak di daerah utara Kelantan lebih tepat daerah Tumpat, Kelantan
berdekatan dengan sempadan negara Thailand.
Lokasi ini
mengambil kira 20 kilometer dari bandar Kota Bharu, Kelantan. Walaupun, kita
tahu negeri Kelantan merupakan negeri yang majoritinya penduduk beragama Islam,
akantetapi, Malaysia adalah negara yang sememangnya terkenal dengan rakyat yang
berbilang kaum. Jadi, tidak menghairankan sekiranya negeri Kelantan mempunyai
kaum atau komunti minoriti Thai di Kelantan. Tidak juga menjadi kejutan budaya
pada kita sebagai rakyat Malaysia.
Kuil Buddha ini
antara contoh salah satu sebab Malaysia terkenal dengan toleransi terhadap
agama lain selain agama Islam, dimana monumen patung Buddha ini dibenarkan
dibina di negeri seperti negeri Kelantan.
![]() |
| sumber:Google image |
INFORMASI KUIL WAT
MACHIMMARAM
Patung Buddha
duduk ini berketinggian 30 meter tinggi. Patung ini sering disalah anggap
sebagai patung yang tinggi di selatan Asia. Mungkin. Pada 2001, bila ia siap
dibina. Tetapi rekod tercatat pada tahun 2008 dengan ketinggian 92 meter adalah
Great Buddha di Ang Thong, Thailand menyaingi The Sitting Buddha ini. Dan saiz
patung Buddha duduk ini lebih kurang sama tinggi dengan kuil Hong Kong Tian Tan
di Kepulauan Lantau.
![]() |
| sumber: Google image |
![]() |
| sumber:Google image |
Sekiranya anda
pergi melawat, anda akan dapati ciri-ciri aritektur menarik pada patung Buddha
itu, iaitu ia disaluti dengan susunan mozaik - mozaik kecil yang berkilauan.
Bawah bibir patung Buddha disaluti emas, mungkin cat warna emas atau emas yang
dipateri ka...mungkin jadi, anda pergilah melawat untuk melihat sendiri
mengenai ini, pengalaman melancong. Menariknya patung duduk ini juga duduk
dalam keadaan bersila diatas bunga Teratai yaa, yang dijadikan sebagai bumbung
bangunan kuil tersebut. -- bayangkan betapa besarnya kuil tuu..kalau dah patung
tu pun besar. Tingkap-tingkap kuil pula terinspirasi dari kelopak bunga
teratai.
Di dalam bangunan
kuil pula, terdapat mural-mural (menggunakan cat minyak**) dan frescoes(
lukisan-lukisan dinding mengunakan cat air**) dalam ciri-ciri atau stail Cina
dan Thai. **disesuaikan mengikut seni dari ahli seni sendiri.
Di laluan masuk
pula, dinyatakan tahun mula pembinaan kuil bertarikh tahun 1991, yang mengambil
masa 10 tahun untuk disiapkan oleh pekerja-pekerja orang Thai. Juga tercatat
nama penuh Kuil tersebut dalam pelbagai bahasa. Dinamakan Phra Buddha Bharameedhram
Chamruslok.
TARIKAN
Lebih menarik lagi
di kuil tersebut tersedia gerai makan dan minum dan kolam kura-kura dan
amulet(good luck charm atau tangkal tuah) disitu.
Tempat letak
kereta juga percuma.
JAM BEROPERASI
Dibuka dari 9 pagi
sehingga 5 petang
Rehat pada 12.30
tengahari sehingga 2 petang.
Masuk adalah
percuma tapi derma dialu-alukan.
CARA UNTUK KE WAT
MACHIMMARAM
Jalan Kota Bharu -
Pengkalan Kubor.
Kampung
Jubakar,16210 Tumpat Kelantan
*anda boleh
menaiki bus atau taxi atau motor juga kereta sewa. (grab dan uber juga boleh).
-- susah sedikit jika melalui kapal terbang dan helikopter.
TEMPAT-TEMPAT
BERDEKATAN DAN SEKITAR KUIL.
Beberapa kuil:
- Wat Phikulyai
(wat pikunyai)
- Wat Prachumthat
Chanaram, PhoThan Neang
- Wat Phothivihan
- Wat Uttamaram
Dah alang-alang
berada diKelantan itu apakata lawat pula,
-Muzium Wau
- Pantai Sri Tujuh
Dan dah
alang-alang dekat dengan sempadan Thailand tu...kurang 2 kilometer saja lagi,
cuba cross(lintas) pergi untuk cuba makanan Thai yang rasa asli Thai.
TAPI, bawak-bawak
la passport ke atau dapatkan borderpass tu kat pejabat Pengkalan Kubor sebelum
masuk terjah negara orang tuu.. haa lepastu boleh la pergi naik bot menyeberang
sungai sempadan kedua-dua negara. --Dan selamat 'bershopping'.
Baiklah, selesai
sedikit informasi mengenai tempat menarik untuk melancong. Selebihnya adalah
pengalaman anda sendiri ketika melawat tempat-tempat menarik ini.
SEKIAN.
salam buat pembaca
semua.
*May Allah Bless
Us All*




Comments
Post a Comment